16 July 2009

Softball..Baseball..Rounders..


Softball adalah sebuah permainan yg memerlukan sekurang-kurangnya 9 pemain satu pasukan. Sukan ini juga merupakan saudara kepada sukan Baseball. Softball telah berada di Malaysia semenjak aku belum lahir lagi. Minatku terhadap Softball semenjak kecil lagi semasa aku menonton perlawanan Baseball. Pasukan Boston Redsox menentang New York Yankees pada tahun 2002. Perlawanan itu telah dimenangi oleh pasukan Boston juga pasukan kegemaranku.

Kan aku dah cakap, diorg menang.

Yang ni muke sedih sebab kalah.


Semenjak itu, aku mula main permainan ini di padang permainan. Kami tidak menggunakan bola sebenar Baseball ini, tetapi kami guna bola tenis. Sukan yang kami main juga bukan bernama Softball mahupun Baseball. Masyarakat di Malaysia menggelarnya Rounders. Berkenaan dengan sukan Rounders ini, sukan ini melibatkan seberapa ramai ahli pasukan yang ada. Syarat permainan amat mudah, pukul sejauh yang mungkin, dan cuba dapatkan poin dengan pusing setiap base seberapa banyak kali yang boleh. Tetapi, jika semasa berlari lawan sempat memegang bola sambil memijak base, anda dikira mati. Tetapi poin yang anda kutip tadi tidak hilang. Kebanyakan kanak-kanak menambah peraturan sukan ini seperti pemain yang dikira sudah mati boleh membeli lesen memukul semula dengan membayar menggunaka poin yang telah dikutip. Misalnya jika anda mempunyai 9 poin, anda boleh membeli lesen ini semula dengan membayar/membuang 5 poin daripada pasukan anda. Ditambah pula, jikalau pemukul memukul tinggi, pasukan memadang dapat menyambut bola tanpa terkena tanah, pasukan yang memukul akan memadang, manakala pasukan yang memadang akan memukul. Pemain yang dapat menangkap bola tinggi itu juga telah menyumbangkan 5 poin sekiranya menangkap bola menggunaka kedua-dua belah tangan. Sekiranya pemain itu menangkap dengan sebelah tangan, pasukannya akan mendapat 10 mata.

Habis pasal Rounders. Aku mula bermain Softball semenjak darjah 6. Pada masa itu aku bersekolah di Sekolah Kebangasaan Sungai Isap, Kuantan. Pada mulanya Ustaz masuk ke dalam kelas aku. Dia memanggil "siapa yang mahu main Softball sila kehadapan sekarang," aku bertanya semula kepada Ustaz, Softball tu apa? Jawabnya Ustaz "Softball ini seperti permainan Baseball ataupun Rounders." Waktu itu aku terus berlari kearah Ustaz, mengisi nama didalam borang pemain Softball. Ustaz mengarahkan siapa yang telah mengisi nama tadi perlu menghadiri latihan dan pemilihan pada petang hari yang sama. Aku pun datang la ke padang sekolah pada petang itu. Latihan dimulakan dengan senaman memanaskan badan. Pada mulanya aku ingatkan sukan ini mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangkakan. Latihan diteruskan sehingga hari pemilihan wakil sekolah. Nama aku, Afi, Hanafi, dan Safuan telah terpilih.


Hanafi a.k.a. Manap

Safuan a.k.a. Joe-Dahi

Afi a.k.a. Pox

Aku - Fendy a.k.a. Gunung

Kami adalah 4 orang antara 15 yang telah terpilih. Aku amat gembira kerana itulah kali pertama aku mewakili sekolah dalam apa-apa sukan.

Perlawanan kami yang pertama KALAH.
Perlawanan kami yang kedua KALAH.
Perlawanan kami yang ketiga KALAH.

Berlanjutanlah sehingga perlawanan yang ke 8. Semua kalah. Oleh itu, pihak pengerusi teknik Softball Kuantan telah membuat keputusan menghantar seorang jurulatih luar.

Mr. Ong Siang Loon a.k.a. Ah Loon

Kedatangan beliau memberi tunjuk ajar kepada pasukan sekolah kami telah membuahkan hasil.

Perlawanan pertama bersama beliau MENANG.
Perlawanan kedua bersama beliau MENANG.
Perlawanan ketiga tanpa beliau MENANG.

Seterusnya begitulah. Menang seperti tidak mahu berhenti. Pada tahun pertama tubuhnya pasukan Softball di sekolah itu, kami telah memenangi kejohanan sirkit dan klinik Softball 2004. Disamping itu juga, kemenangan ini merupakan pencapaian pertama aku mewakili sekolah. Seterusnya pemilihan untuk mewakili pahang. Kami berempat telah tepilih. Perlawanan MSSM Softball telah dipertandingkan di STAR, Ipoh. Aku bermain di posisi 2nd base, Safuan di Left Field, Afi di 3rd base dan Hanafi sebagai pitcer. Seorang lagi rakan yang amat kami hormati adalah Haikal.

Haikal a.k.a. Toyol

Dipendekkan cerita, kami telah memenangi pertandingan tersebut dengan menumpaskan Johor di perlawanan akhir menang 19-2. Lagi satu perkara, perlawanan itu tamat satu minggu sebelum kami menduduki UPSR. Wahh! UPSR aku amat cemerlang. Aku telah mendapat 5A.



Pada tahun 2005 aku tidak melibatkan diri dalan sukan ini. Hal ini kerana aku sibuk dengan hal perpindahan sekolah serta beberapa masalah disiplin yang telah dilakukan.



Lompat ke tahun 2006. Penceburan semula aku dalam sukan ini tidak dapat dijangkakan kerana dengan mudahnya aku mewakili Pahang. Kejohanan MSSM Softball tahun ini diadakan di Pahang. Keempat-empat daripada kami masih lagi bermain sukan ini. Pencapaian tahun ini agak mengecewakan kerana pasukan kami terkandas di suku akhir ditewaskan oleh Negeri Perak dengan mata 15-16. Perkara yang amat menakjubkan dalam perlawanan tersebut adalah aku telah berjaya melakukan GRAND SLAM iaitu melakukan homerun semasa base penuh, mendapat strike-2 dan ball-3. Aku takdapat nak kata apa-apa. Keadaan pada masa itu amat mendebarkan. Apa yang ajaibnya adalah aku memukul bola itu sambil menutup mata. Pada hujung tahun 2006, sebuah kejohanan tebuka bawah 16 Malaysia telah diadakan. Aku mewakili pasukan B Pahang bersama-sama Safuan dan Afi. Hanafi pula berada dalam pasukan A. Pasukan kami tidak dapat mencapai kejayaan kerana aku sebagai catcher utama telah mengalami kecederaan di dalam permainan itu.



Tahun 2007 muncul. Aku sudah yakin aku akan mewakili negeri Pahang untuk kali ketiga. Kejohanan tahun tersebut diadakan di Negeri Melaka. Bermain sebagai catcher bukanlah mudah. Namun susah payah kami telah membuahkan hasil sebiah pingat untuk setiap orang. Kejohanan itu telah kami menangi.

Kami dah menang. Tapi coach masih lagi sibuk.

Hanafi - Fendy


Bersambunglah kerjaya aku. Masuk tahun 2008 aku berharap akan menang. Tapi tahun ni memang kami sudah tahu apakah punca sebenarnya setiap kekalahan yang kami terima. Disebabkan oleh seorang lelaki kejayaan yang sepatutnya kami capai, terhenti sebelum bermula segala perlawanan. Kami menggelarnya Siput. Penceburan Siput dalam kumpulan lelaki bawah 18 tahun telah membawa banyak perubahan. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Siput tidak memberi kesan yang positif lansung terhadap dalam kumpulan kami. Dalam erti kata lain, dia merupakan pembawa bala dalam pasukan Pahang sendiri. Tahun 2008 juga merupakan tahun pertama aku bermain dalam pasukan lelaki bawah 18 tahun Pahang. Pasukan pada tahun itu sememangnya kuat. Coach kami pada waktu tersebut adalah Mr. Lai.

Mr. Lai a.k.a. Ckg. Lai

Kejurulatihan beliau telah membawa kami ke perlawanan suku akhir. Tetapi malangnya beliau terpaksa berangkat ke Kuala Lumpur kerana terpaksa menyelesaikan masalah peribadi. Oleh itu, kuasa jurulatih kini diambil oleh Siput. Siput lansung tidak mengendahkan kami walaupun semasa waktu latihan. Apa yang dia lakukan adalah hanya 'menonton' latihan kami. Sambil menghisap rokok. Habis sahaja latihan pemanasan badan, kami rehat seketika sebelum perlawanan separuh akhir dimulakan. Kami bertemu dengan pasukan dari Negeri Sembilan. Sememangnya kami tidak dapat melakukan apa-apa kerana pasukan N9 pada tahun itu memang kuat. Seharusnya jika Siput sebagai seorang jurulatih dia sepatutnya memberi sokongan dan dorongan, tetapi malangnya dia hanya MENONTON perlawanan tersebut. Kami telah kalah perlawanan tersebut. Pada perlawanan tempat ketiga dan keempat pula, kami perlu menentang Negeri Terengganu. Terengganu juga merupakan sebuah pasukan yang digeruni. Perlawanan bersama Terengganu tidak menambahkan semangat kami untuk mendapat tempat ketiga. Perlawanan tersebut hanyalah seperti latihan. Tahun 2008 tamat.


Tahun 2009, saya dapat rasakan sesuatu yang meriah akan saya hadapi. Kejohanan terawal adalah '12th Age Group Singapore Softball and Baseball Association regarding Singapore Recreation Club' di Kallang Singapura. Salah satu sebab kami pergi kesana adalah untuk bercuti disamping menyertai kejohanan tersebut. Disebabkan perlawanan-perlawanan yang kami main, kami tidak menghadapi sebarang kemusykilan untuk kalah.

Team SMART di Singapura

Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk terus menamatkan perlawanan disana. Kami telah memenangi tempat pertama. Kemenangan tersebut adalah kemenangan pertama pasukan kami di luar negara. Kejohanan yang tamat pada pukul 7 petang itu menyebabkan kami tidak rasa letih kerana kami setiap orang daripada kami menerima pingat emas. Sejurus tamat sesi penyampaian hadiah, kami terus pulang ke Malaysia dengan keadaan yang busuk dan kotor. Kami lansung tidak kisah apa yang orang sekeliling akan katakan tentang kami. Apa yang penting adalah kami telah membawa nama Softball Pahang ke negara luar. Kami terus bergerak menaiki bas ke asrama sukan Negeri Johor. Pada pukul 5 pagi kami terus bergerak menaiki bas SMART pulang ke Kuantan. Seterusnya pula adalah kejohanan MSSP Softball Pahang. Kejohanan ini diadakan di Raub, Pahang. Memang sudah menjadi lumrah sejarah pasukan Kuantan akan memenangi kesemua peringkat umur. Perlawanan akhir dengan pasukan anak buah Siput iaitu pasukan dari SM Teknik Lipis.
Tingginya pukul bola.

Perlawanan itu dimenangi oleh pasukan kami dengan mata 9-0. Kejohanan di Raub telah menemukan aku dengan kawan lama aku. Juga, aku telah berkenalan dengan kawan baru. MSSM Softball di Raub amatlah mengembirakan. Sejurus pulang ke Kuantan, setiap hari Sabtu, latihan mingguan diteruskan sebagai persediaan awal untuk Kejohanan MSSM Softball di Johor. Latihan pusat selama 2 minggu agak memenatkan. Sungguhpun begitu, aku yakin bahawa pasukan Pahang lelaki bawah 18 tahun pada tahun ini amat kuat. Kekuatan kami dengan adanya pemain-pemain yang berpengalaman dan mempunyai kesefahaman yang bagus. Mereka adalah :

Amir a.k.a. Scorer Tok Gajah

Mr. Chan a.k.a. The Head Coach

Aku - Fendy a.k.a. Gunung a.k.a. The Captain
SHORTSTOP

Hanafi a.k.a. Manap
PITCHER

Liang Ah Heng a.k.a. Apek
RIGHTFIELDER

Azri a.k.a. Bong-Face
CATCHER

Hasyim a.k.a. Mr. Mini
CENTREFIELDER

Haikal a.k.a. Toyol
SECOND BASE MAN

Safuan a.k.a. Joe-Dahi
LEFTFIELDER

Afi a.k.a. Mr. LEE
FIRST BASE MAN

Salman a.k.a. Kering
THIRD BASE MAN

Harapan aku untuk tahun 2009 adalah memenangi kejohanan Softball ini. Dengan adanya pasukan yang kuat ini, aku yakin kami akan berjaya. Latihan pusat tamat, seramai 16 pemain terpilih termasuk scorer utama kami. Perjalanan kami ke Johor amat memenatkan. Hal ini kerana kami terpaksa menghadapi jalan yang tidak rata pada sekala masa. Tetapi kami tidak kisah, asalkan perjalanan kami kesana penuh dengan semangat kesukanan. Tiba di SM Teknik Batu Pahat. Sekolah yang amat indah sekaligus dengan musim buah durian menyebabkan mata kami tidak dapat berkelip semasa memasuki sekolah tersebut. Jarak diantara asrama lelaki dengan padang adalah seperti dari Kuantan Parade ke Kuantan Plaza. Pertama kali mengadakan latihan di padang sekolah tersebut, perjalanan kami dari asrama ke padang menyebabkan kami tidak perlu memanaskan badan kerana kami sudah berpeluh dan berasa panas pada masa yang sama. Latihan yang diadakan adalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang di sana.

Selepas latihan pertama di SMTBT. 6:53 p.m.

Perlawan-perlawanan yang kami hadapi di sana pada pusingan pertama amat menggemburakan. Hampir setiap perlawanan pasukan kami melakukan pukulan pulang ke rumah atau lebih senang dipanggil 'Homerun'. Malangnya aku lansung tidak dapat melakukan satu homerun seperti yang dilakukan oleh rakan sepasukan. Sebaliknya aku mendapat hayunan mati atau 'Strike Out'. Perlawanan dengan negeri Sabah adalah perlawanan yang paling menggembirakan. Pasukan mereka tidak pernah mengalah walaupun sudah mengetahui pasukan mereka akan kalah juga pada akhirnya. Selain itu juga, mereka telah mempertunjukkan tarian bersama-sama pasukan kami. Tarian ini amat menggelikan hati.

Haka Dance.

Perlawanan-perlawanan peringkat kumupulan kami tempuhi dengan mudah. Dengan tiga kemenangan yang kami kecapi semasa peringkat kumulan, kami berjaya memasuki peringkat suku akhir. Malam sebelum perlawanan suku akhir, pasukan kami mengadakan 'makan besar' di sebuah restoran yang sudah tidak asing bagi kami. Setiap ahli pasukan dibenarkan memesan segelas air jus, sepinggan makanan panas serta secawan air kosong berais. 'Makan besar' pada malam itu dibayar dengan wang yang telah dikumpul semenjak kami di Singapura. Wang-wang ini dikumpul serta dibayar oleh ahli pasukan sekiranya salah seorang daripada kami melakukan kesalahan semasa perlawanan. Wang yang telah dikumpul adalah sebanyak RM 90.00. Semasa hendak membayar makanan kami, jumlah semua dalah sebanyak RM 115.00. Wang tambahan adalah wang yang dikumpul oleh setiap orang daripada kami. Kami semua kenyang pada malam tersebut. Pada pagi yang indah keesokan harinya, kami turun ke padang perlawanan dan menjalankan sesi pemanasan badan dan latihan ringan sebelum masuk ke perlawanan suku akhir dimana kami bertemu dengan pasukan dari Johor. Pasukan Johor mempunyai sedikit kelebihan kerana bermain di tempat sendiri dan mereka juga mendapat sokongan daripada masyarakat setempat yang berdekatan. Perlawanan dengan Johor amat menyedihkan kerana ayam tambatan kami tidak dapat beraksi dengan baik kerana kecedaraan yang dihadapinya semakin teruk. Hanafi dapat merasakan pinggangnya tidak dapat dipusing dengan baik. Oleh itu, jurulatih kami tidak membenarkan Hanafi mengambil posisi memukul semasa giliran kami memukul. Hal ini kerana disebabkan oleh pinggangnya yang sakit, sudah pasti dia tidak dapat memukul dengan baik. Tuntasnya, kami telah mengalami kekalahan dalam perlawanan tersebut. Dengan ini, kami tidak layak ke pusingan separuh akhir. Kekalahan tersebut menyebabkan saya berasa amat hampa. Jurulatih saya menyalahkan diri sendiri kerana terlalu yakin bahawa kami mampu pergi ke pusingan akhir. Dengan kekalahan yang kami terima, kerja kami untuk setrusnya adalah memberi sokongan kepada pasukan yang masih boleh meneruskan perjuangan mereka. Walaupun kami tidak dapat ke pusingan akhir, juara keseluruhan telah dimenangi oleh pasukan dari negeri Pahang sendiri kerana 3 pasukan dari Pahang telah ke pusingan akhir.

Begitulah kisah kehidupan Softball aku. Penuh dengan suka dan duka. Terima kasih kepada sesiapa yang telah menggembirakan aku dalam kehidupan Softball aku.

No comments:

Post a Comment